Apa anda akan lakukan jika kucing kesayangan tidak dapat bergerak dan memerlukan jagaan sepenuh masa?

Bagi seorang lelaki di Taiwan, dia memilih menghantar kucingnya yang sakit melalui kurier.

Ketika ditahan pihak berkuasa, Yang, 33, mengaku tidak mampu lagi menjaga kucingnya yang cedera di kaki dan tidak dapat bergerak.

Menurut Yang, kucingnya telah diberikan rawatan akupuntur dan herba namun haiwan kesayangannya itu tetap tidak sembuh daripada kecederaannya, lapor portal Daily Mail.

Tambahnya, dia cuba mendermakan kucing itu kepada peminat kucing namun tiada siapa yang mahu mengambilnya.

Kecewa, Yang memilih untuk memasukkan kucing itu ke dalam kotak dan menghantarnya melalui kurier.

Tidak dapat dipastikan ke mana destinasi ia dihantar dan sama ada dia membuat lubang udara pada kotak yang berisi kucing itu.

Yang didenda £1,500 (kira-kira RM7,900) kerana melanggar undang-undang kekejaman terhadap haiwan dan £750 (kira-kira RM4,000) kerana kucing itu tidak diberi vaksin rabies.