Gara-gara tidak sanggup berhadapan tekanan berikutan sakit yang berlarutan, seorang warga emas tekad membunuh diri dengan memasukkan mercun yang dinyalakan ke dalam mulut.

Dalam insiden di hadapan Masjid Nurul Islam, Desa Bangorejo kecamatan Bangorejo semalam, Suud, 60, maut akibat letupan mercun berkenaan, muka dan leher mangsa turut hancur.

Menurut laporan, saksi yang berada berhampiran tempat kejadian cuba menyelamatkan Suud, namun ia sudah terlambat apabila mercun tersebut meletup dan mematahkan tulang rahang mangsa.

Ketua Polis Bangorejo AKP Watiyo berkata, mangsa dibawa ke hospital Genteng Banyuwangi namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mayat mangsa telah dituntut keluarga dan dikebumikan. - Detiknews