Seorang remaja kaukasian disindir kerana warna kulitnya sebelum dirogol seorang lelaki dalam satu kejadian di Hull, Britain.

Ahmed Abdoule, 33 tahun, warga Somalia didakwa menyerang remaja perempuan berkulit putih itu dengan menghunus sebatang kayu tajam ke leher mangsa sebelum meragut kehormatannya.

Mangsa merayu agar dilepaskan namun tidak diendahkan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Hull Crown, Ahmed didakwa menghina mangsa yang mengaku masih perawan dengan ungkapan "Takkanlah masih dara, awak kan berkulit putih" dan “negara saya pasti sukakan awak”.

Malah, Ahmed berkata yang dia “menyukainya” dan bahawa gadis itu “bukan satu-satunya yang akan dihukum” selepas melampias nafsu ke atas mangsa.

Ahmed kemudian menghantar remaja itu pulang dan mengancam membunuhnya jika dia memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.

Ahmed yang mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan rogol itu bagaimanapun dijatuhi hukuman 11 tahun penjara oleh mahkamah.