SEORANG wanita dan dua anaknya disiasat pihak berkuasa Jerman selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran di sebuah zoo di barat laut Jerman pada Rabu.

Laporan menyebut ketiga-tiga wanita berkenaan, yang berusia di antara 30 dan 60 tahun, hadir ke balai polis Krefeld selepas mendengar berita mengenai kebakaran itu.

Menurut laporan media tempatan, mereka membakar tanglung sempena sambutan tahun baharu 2020 yang dipercayai menjadi punca kebakaran yang meragut nyawa lebih 30 haiwan, kebanyakannya daripada spesies yang hampir pupus.

BACA: Zoo terbakar ketika sambutan tahun baharu, lebih 30 haiwan mati

Laporan awal mendapati, kebakaran terbabit berpunca daripada tanglung kertas yang melayang ke udara apabila dinyalakan.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada tanglung kertas yang melayang ke udara apabila dinyalakan.

Ia berikutan penemuan lima tanglung dengan tulisan tangan di kawasan kebakaran.

Difahamkan tanglung seumpama itu sudah diharamkan di sini sejak 2009.