Taufan kuat di Hong Kong merosakkan empat kabel utama yang menghubungkan Asia Tenggara ke Amerika Syarikat.

Ini turut menjejaskan kelajuan internet di Malaysia.

Menurut sebuah laman teknologi, kabel yang terjejas - ASE (Asia Submarine-cable Express), Asia-American Gateway (AAG), TGA-Intra Asia (TGA-IA), and SEA-ME-WE3 (SMW3) – akan mengambil kira-kira enam minggu untuk dibaik pulih.

Katanya, kabel kapal selam susah untuk dibaik pulih kerana kerja-kerja membaik pulih bergantung kepada ketersediaan kapal, keadaan cuaca dan permit kerja.

Kabel kapal selam ASE sepanjang 7200 km itu dimiliki Telekom Malaysia, Starhub Singapura, NTT Jepun dan PLDT Filipina.

Telekom Malaysia juga merupakan sebahagian daripada konsortium yang memiliki AAG.

Sebuah media tempatan melaporkan bahawa syarikat telco tidak dapat dihubungi sempena cuti umum tetapi Telekom Malaysia melalui laman twitternya menyatakan bahawa ia menyedari masalah tersebut dan akan berusaha memperbaikinya.

Sementara itu, menurut laman twitter PLDT, pengguna akan mengalami kelembapan dalam kelajuan internet terutamanya semasa waktu puncak tetapi trafik telah dialihkan untuk mengurangkan impak.