Banjir buruk susulan Taufan Harvey di Houston, Amerika Syarikat dijangka semakin kritikal.

Taufan setakat ini telah mencatatkan jumlah tujuh korban.

Peningkatan jumlah air di empangan utama disumbang hujan lebat dengan kadar taburan tinggi.

Jurutera persekutuan kini mengkaji kemungkinan melepaskan air dari empangan utama bagi mengelakkan ia melimpah.

Sehingga kini, 30,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dibadai Taufan Harvey.

Harvey dianggap taufan paling buruk yang membadai negara itu dalam tempoh 50 tahun.

Taufan dijangka berlarutan untuk beberapa hari lagi.

Pasukan Pengawal Negara yang diaktifkan di seluruh Texas sehingga kini sudah menyelamatkan 2,000 penduduk.

Sebahagian mangsa diselamatkan dari bumbung kediaman selepas banjir menenggelamkan rumah mereka.