Amukan taufan Jebi yang melanda Hokkaido dan Osaka kini memberikan kebimbangan kepada semua masyarakat Jepun.

Ini merupakan ribut yang paling dahsyat yang pernah melanda Jepun sejak tahun 1993.

Menurut seorang warga Malaysia, yang hanya mahu dikenali sebagai Dina yang kini berada di Yokohama, keadaan di situ (Yokohama) tidak seteruk Hokkaido dan Osaka tetapi mereka juga menerima tempias dari ribut taufan tersebut.

Dina menyatakan ketika dihubungi, Hokkaido masih bergelap.

Bekalan elektrik dan Lapangan Terbang Kansai akan di tutup selama dua minggu selepas taufan membadai pulau berkenaan. Lapangan Terbang Kansai mengendalikan lebih 400 penerbangan sehari.

Jalan raya utama yang menghubungkan Lapangan Terbang Kansai dan pusat bandar juga terpaksa ditutup.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca, ribut membawa angin berkelajuan 166 kilometer sejam (km/h) direkodkan di Shikoku dan dijangka mencapai kelajuan maksimum sebanyak 216 km/h.

Sementara itu, 87 milimeter (mm) hujan pula dilaporkan turun selama beberapa jam di sesetengah kawasan pagi tadi dan dijangkakan mencecah 500 mm dalam tempoh 24 jam.