Teleskop radio terbesar di dunia memulakan operasi di barat daya China pada Ahad, dengan Beijing mencanangkan ia sebagai sebuah projek yang akan membantu manusia mencari kehidupan makhluk asing, lapor AFP

Teleskop Radio Sfera Apertur (FAST) yang ditempatkan antara bukit-bukau dan gunung-ganang di wilayah Guizhou memulakan operasi sekitar tengah hari, lapor agensi berita Xinhua.

Dibina pada kos 1.2 bilion yuan (RM744 juta), teleskop itu meletakkan teleskop di Arecibo Observatory, Puerto Rico di tempat kedua sebagai teleskop radio terbesar di dunia, dengan ruang pemantul sebesar 30 padang bola sepak.

Gelombang yang dipancarkan FAST akan menjelajah angkasa lepas untuk mencari tanda-tanda kehidupan pintar, tambah laporan itu lagi.

China melihat program angkasa bernilai berbilion dolar yang dikendalikan tentera itu sebagai simbol kemajuan negara. Ia merancang sebuah stesen orbit angkasa lepas sebelum tahun 2020 dan seterusnya mahu melancarkan misi manusia ke bulan.

Xinhua memetik Wu Xiangping, Pengarah Persatuan Astronomi China, yang berkata bahawa teleskop tersebut mempunyai darjah kepekaan yang tinggi yang 'dapat membantu mencari kehidupan asing di angkasa lepas'.

Pembinaan FAST bermula pada 2011 dan pegawai pemerintah berjanji pada Februari untuk memindahkan 10,000 orang penduduk dalam sekitar 5 kilometer radius demi memastikan sebuah persekitaran yang lebih baik untuk pemantauan.

Pada masa lalu, China telah memindahkan beratus-ratus ribu orang untuk memberi laluan kepada projek infrastruktur mega seperti empangan dan terusan.

Teleskop itu ditempatkan di kawasan terpencil yang dihuni rakyat miskin. Xinhua melaporkan bahawa ia dipilih kerana tiada bandar besar berdekatan,