Insiden serangan dengan senjata api di sekolah dan universiti di Amerika Syarikat belum lagi reda apabila dalam kejadian terbaru, dua pelajar Sekolah Tinggi Great Mills, Maryland cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di sekolah berkenaan pada Selasa.

Kejadian di percayai berlaku ketika para pelajar sedang bersiap untuk memasuki kelas sebelum penyerang berkenaan menyerbu masuk ke sekolah berkenaan lalu melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, seorang pegawai keselamatan sekolah itu yang menyedari kejadian berkenaan bertindak mengejar suspek dan melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Tembakan tersebut mengenai suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan serius.

Polis mengesahkan suspek yang dikejarkan ke hospital itu kemudiannya meninggal dunia.

Dua pelajar yang cedera ditembak turut dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun pihak polis masih belum mengeluarkan laporan identiti sebenar suspek penembak yang terbunuh itu.