PIhak berkuasa Vietnam meningkatkan persiapan dengan jangkaan Ribut Tropika Tembin akan melanda dalam masa terdekat.

Ini termasuk memindahkan penduduk di kawasan selatan negara itu ke pusat perlindungan sementara.

Dalam masa yang sama, kerajaan pusat turut mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kemusnahan harta benda dan infrastruktur adalah minimal.

Tembin sebelum ini melanda Kepulauan Mindanao dan mengorbankan lebih 200 orang pada Jumaat.

Pihak berkuasa Filipina masih melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang teruk terjejas di Lanao del Norte.

Ribut tropika itu dijangka akan mula membadai Vietnam pada pagi Selasa.

Sehingga kini 15 taufan dan pelbagai ribut, banjir kilat dan tanah runtuh telah mengakibatkan 386 warga Vietnam terbunuh atau hilang.

Bencana alam telah turut mengakibatkan kehilangan kemusnahan bernilai $AS 2.6 bilion.