Selepas 50 hari berada dalam perintah sekatan pergerakan atau lockdown, Presiden Argentina Alberto Fernández mengumumkan, tempoh kuarantin dilanjutkan sehingga 24 Mei.

Bandar Buenos Aires dan kawasan sekitarnya akan terus ditutup, sementara di beberapa negeri lain akan mula menjalani pelonggaran sekatan terutama dalam sektor perdagangan dan industri yang akan dibuka mengikut kriteria yang akan ditentukan pihak berkuasa tempatan.

Meskipun lockdown masih dikuatkuasakan di Buenos Aires, Datuk Bandar Horacio Rodríguez Larreta, memaklumkan, anak-anak akan dapat keluar bersama ibu bapa pada hujung minggu untuk berjalan-jalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lockdown di seluruh negara bagi mengekang penyebaran COVID-19 bermula pada 20 Mac dan, dijadualkan berakhir pada 10 Mei.

Argentina mencatatkan 5,208 kes positif dengan 273 kes kematian.