Tempoh penahanan pengarah dan pengarah teknikal pusat membeli belah Winter Cherry di Kemerovo, Siberia yang terbakar dan meragut 64 nyawa dilanjutkan.

Ia berikutan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang mendapati pintu keluar kecemasan yang sepatutnya boleh digunakan ketika kecemasan telah dihalang sementara penggera kebakaran yang sepatutnya berfungsi telah dimatikan.

Setakat ini pihak berkuasa telah menahan seramai lima individu selepas kejadian yang menyayat hati itu.

Menurut Presiden Rusia Vladimikr Putin, seramai 100 penyiasat diarahkan untuk melakukan siasatan terperinci mengenai insiden berkenaan yang meragut ramai nyawa terutamanya kanak-kanak.

BACA: Jumlah korban kebakaran pusat beli belah Rusia meningkat kepada 53

BACA: Rusia siar video kemusnahan bangunan yang mengorbankan 64 nyawa

Sementara itu, orang ramai berkumpul di Kemerovo untuk melepaskan belon putih ke langit sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.

Selain itu, satu perhimpunan juga dijangka akan diadakan di bandar-bandar lain di Rusia, termasuk Moscow.