Pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan di Syria pada Isnin telah mengorbankan lebih 35 orang awam dan 29 pemberontak

Tentera kerajaan Syria sebelum itu melancarkan serangan udara ke kawasan yang dipercayai menjadi kubu puak pemberontak.

Ia berikutan pasukan tentera kerajaan dipercayai terperangkap dalam pertempuran antara kedua-dua kumpulan tersebut di kawasan berkenaan.

Visual keadaan selepas serangan udara itu berjaya dirakamkan dengan beberapa orang awam yang bertungkus lumus memberi bantuan kepada mangsa yang terperangkap dalam bangunan.

Pertempuran yang berterusan di Timur Ghouta itu setakat ini turut mengorbankan 24 tentera kerajaan.