Seorang tentera yang juga pembawa virus HIV ditahan polis Thailand selepas dia dilaporkan merogol lebih 70 remaja lelaki.

Menurut polis, tentera berpangkat Sarjan Mejar yang berusia 43 tahun itu didakwa menggunakan platform media sosial Facebook dan aplikasi janji temu untuk memperdaya mangsa.

Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya menghantar gambar bogel dan kemudian mengugut menyebarkan gambar tersebut jika enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Dalam sidang media, polis turut mendedahkan lebih ramai mangsa akan tampil membuat laporan susulan tertangkapnya suspek.

Polis turut meminta remaja di bawah umur menghubungi pihak berkuasa sekiranya pernah menjadi mangsa tersebut.

"Pekerja sosial membantu dalam siasatan, saya ingin membiarkan anak-anak di bawah umur tahu bahawa mereka perlu menghubungi pihak berkuasa di Balai Polis Nam Pong.

Bagaimanapun, jenayah berlaku di banyak bidang kuasa dan mangsa jenayah ini dari seluruh negara,” ujarnya.