Tentera Yaman berjaya memasuki Wilayah Saada yang dikuasai pemberontak Houthi pada Jumaat.

Kejayaan tersebut adalah hasil risikan dan pintasan yang dilakukan beberapa media sosial dan laman web yang digunakan pemberontak terutama di daerah Kataf di Saada, Jabal Mahjuba dan Adayak.

Selain itu tentera juga berjaya memintas bekalan ketenteraan ke kawasan-kawasan terbabit.

"Hari ini, tentera telah menguasai sepenuhnya Wadi Al-Atifin dan beberapa dataran tinggi,

"Ia dilakukan selepas insiden pertempuran ganas yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 anggota militia bersenjata," jelas Brigadier Obeid Al-Athlah.

Tambahnya pihak tentera turut berjaya merampas sejumlah senjata berat yang disimpan pemberontak di kawasan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Yaman mengumumkan pembebasan daerah Hiran di wilayah Hajjah susulan kemaraan pasukan tentera di situ.