Taktik penjual ikan di Kuwait menampal mata palsu pada ikan untuk kelihatan segar akhirnya terbongkar selepas seorang wanita mendedahkan penipuan itu.

Wanita itu memuat naik video menerusi Facebook pada Jumaat lalu menunjukkan dia mencuci ikan tersebut dan menanggalkan mata palsunya yang kemudiannya menjadi tular dan menjadi bahan jenaka kebanyakan pengguna media sosial.

Sementara itu, akhbar al-Bayan melaporkan Kementerian Perdagangan bertindak mengarahkan operasi ditutup selepas premis tersebut dikenal pasti. - Indiatimes