Seorang lelaki terjumpa satu mayat di sebuah hospital tinggal di Gwangju, Korea Selatan ketika bersiaran langsung di YouTube pada Isnin.

Dalam kejadian pada 12.10 malam waktu tempatan, Park, 38, yang sedang bersiaran di tingkat dua hospital berkenaan terserempak mayat lelaki itu yang telah mereput serta dikelilingi baju dan selimut, lapor portal allkpop.

Mayat itu kemudian dibawa ke Perkhidmatan Forensik Negara untuk dibedah siasat.

Laporan autopsi mengesahkan mangsa bukan dibunuh namun tidak dapat memastikan punca kematiannya.

Polis percaya mayat tersebut ialah gelandangan berusia 68 tahun yang meninggal dunia ketika berlindung di dalam bangunan usang itu.