Enam tahun lalu, seorang doktor memberitahu Julie Creffield bahawa dia terlalu gemuk untuk menyertai larian maraton.
Ternyata, wanita berasal dari London itu membuktikan sebaliknya!
Pada Ahad (4 November), ibu berusia 40 tahun beranak satu itu mengambil bahagian dalam maraton keempatnya – di New York, Amerika Syarikat.
Dia menyfatkannya sebagai ‘mimpi jadi nyata’.
Bagi perunding motivasi profesional itu, dia memulakan aktiviti berlari sejak tahun 2010, apabila menyertai satu perlumbaan jarak pendek – dan dapat kedudukan yang terakhir.
“Apabila saya sampai juga ke garisan penamat, yang ketika itu garisan penamat itu pun sudah tiada, semua orang sudah pulang,” ujarnya kepada agensi berita AFP, sewaktu ditemui di Central Park.
Dia masih ingat betapa dia berasa ‘sangat malu dan terfikir untuk tidak lagi menjadi pelari kerana dunia itu bukan untuknya’.
Namun, sejak itu, dia mengambil keputusan nekad untuk memberi inspirasi kepada wanita lain yang bersaiz besar sepertinya.
Sejak itu, dia mula menulis blog Too Fat to Run, malah kerana kesungguhannya, Olimpik London mengajaknya untuk menyertai maraton pertamanya.
“Saya sudah sertai kira-kira 30 maraton separuh, ultra maraton dan triatlon... apa saja yang mencabar kemampuan saya.
“Bagi saya, ia tentang memberi inspirasi buat wanita dari pelbagai bentuk dan saiz untuk mencubanya.
"Saya sangat bersemangat apabila bercakap tentang wanita bersaiz besar yang berlari, kerana orang seperti ini ‘tidak kelihatan’ dalam dunia pelari.
“Anda berfikir sebagai pelari, fikir anda tinggi, langsing, laju, dan ramai yang mahu berlari atas pelbagai sebab,” kata Creffield.
Creffield, yang mengakui tidak tahu berapa ukuran berat tubuhnya, memakai dres saiz 18 di Britain.
Terus bersemangat
Di Central Park hari ini (4 November), Creffield berharap dapat sampai ke garisan penamat bersama lebih 50,000 peserta yang datang dari seluruh dunia.
Masa purata untuk menghabiskan Maratyon New York itu adalah 4 jam 35 minit.
Pemenang tahun lalu, Geoffrey Kamworor dari Kenya, mencatatkan masa 2 jam, 10 minit dan 53 saat.
Creffield mencongak, masa yang akan diambil olehnya adalah antara 6 setengah jam, dan 7 setengah jam. Dia mahu lari sebanyak yang boleh dan hanya berjalan jika hendak berehat dan mengatur pernafasan.
Menurutnya, orang menyertai maraton atas pelbagai sebab, bukan saja untuk menurunkan berat badan dan membentuk tubuh, namun untuk melawan kemurungan, bersosial mahupun menikmati waktu untuk diri sendiri.
Meskipun pernah diejek dan disindir, dia tidak mempedulikannya.
“Pemandu kereta pernah membaling objek kepada saya di tepi jalan ketika saya berlatih. Saya pernah diejek banyak kali, sama ada daripada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
“Adakalanya mereka menjerit sesuatu yang mereka anggap suatu motivasi, tapi sebenarnya tidak,” ujarnya yang menyifatkan erti seorang wanita bukan pada apa yang dilihat oleh orang lain.
Walaupun ada sesetengah orang mahu maraton dikhaskan untuk pelari elit, semakin ramai orang di New York percaya acara itu perlu dibuka untuk sesiapa sahaja.
"Misi kami di New York Road Runners adalah untuk membantu dan menginspirasi orang ramai menerusi aktiviti berlari, tanpa mengira usia atau kemampuan. Semua orang dipelawa menyertainya," tegas Chris Weiller, jurucakap kumpulan yang menganjurkan Maraton New York.
Agensi
Sun Nov 04 2018
Julie Creffield (kiri) akan mengambil bahagian dalam Maraton New York buat kali keempat. - Foto: Facebook Julie Creffield
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.
Kenaikan cukai perkhidmatan tidak libat keperluan asas, gaya hidup rakyat
Kadar cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik masih kekal pada kadar enam peratus.
Risiko tersembunyi senaman: Adakah benar-benar cergas atau undang bahaya?
Di sebalik prestasi fizikal terbaik terdapat risiko tersembunyi iaitu potensi jantung terhenti tiba-tiba (SCA) dan kematian mengejut (SCD) berlaku.
Jangka hayat penduduk Korea Selatan turun kepada 82.7 tahun
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.
Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.
Lima aroma paling ditakuti lipas di rumah!
Kehadiran lipas di dalam rumah ternyata amat mengganggu isi rumah. Tetapi jangan khuatir kerana anda boleh mengusir lipas dengan menyebarkan aroma tertentu.
Kecemerlangan prestasi dan gabungan keselesaan 'all-in-one' PICO 4
PICO 4 turut dilengkapi PICO OS 5.0 yang membolehkan anda bermain permainan video dalam dunia VR dan bersama kenalan anda.
Johor rangka pelan cegah ancaman LGBT
Kerajaan Johor akan merangka pelan bagi mencegah ancaman gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.
Yang luar biasa: Jepun, Tsutaya Books dan Shinzo Abe
Kemajuan Jepun, sejarah dan ketinggian budaya, peradaban ilmu melalui gedung buku Tsutaya Books dan pembunuhan Shinzo Abe di tangan rakyat sendiri, menjadikan Jepun dibualkan sehingga kini.