Kedutaan Besar Malaysia di Sudan menasihati kepada 105 pelajar negara di Khartoum untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil kesempatan untuk pulang memandangkan universiti-universiti di Khartoum masih tutup sehingga diberitahu kelak.

Dutanya, Mohamad Razdan Jamil mengatakan bahawa keadaan di Khartoum setakat ini masih terkawal namun pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.

"Kami sentiasa menitikberatkan keselamatan pelajar dan akan memastikan mereka semua selamat serta menasihatkan agar mereka tidak menyertai mana-mana perhimpunan politik.

Mohamad Razdan berkata, seramai 150 rakyat Malaysia menetap di negara tersebut termasuk mahasiswa, diplomat serta ahli perniagaan.

Kerajaan Sudan dilaporkan sudah mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar yang berlaku rusuhan di negara itu.

Media melaporkan, sejak 19 Disember lalu, perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Khartoum selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan kos roti dan akan menyebabkan kos sara hidup meningkat.