Terus mengungkit, selepas Pakistan Trump ancam tamatkan bantuan ke Palestin pula

|

Trump mula ungkit bantuan ke negara Islam yang menentangnya. - Foto fail REUTERS/Jonathan Ernst

WASHINGTON: : Selepas menghentam Pakistan dan mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan terhadap negara itu,kini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam pula untuk memotong wang bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Beliau menganggap bahawa Palestin kini telah mengakui bahawa proses damai di Asia Barat nampaknya terhenti.

Trump membuat kenyataan itu menerusi entri terbaharunya di twitter berkata, "Kami membayar rakyat Palestin berjuta-juta dolar AS setahun dan mereka tidak menghargai atau menghormati. Mereka bahkan tidak mahu berunding dengan perjanjian damai dengan Israel."

BACA: "Amerika Syarikat yang bodoh, beri Pakistan AS$33 bilion" - Trump

Trump menambah, "Dengan rakyat Palestin tidak lagi bersedia untuk bercakap tentang proses damai, mengapa kita perlu membuat pembayaran masa depan yang besar kepada mereka?"

Trump banyak mengomel sejak akhir-akhir ini apabila dia mengumumkan akhir tahun lalu bahawa A.S. akan mempertimbangkan Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel dan memindahkan kedutaannya di sana.
Outbrain