Gara-gara kecewa bekas kekasih akan berkahwin, seorang lelaki di Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Selatan tergamak membunuh ibu dan makciknya selepas dia mengamuk di rumah keluarga wanita terbabit.

Kejadian itu berlaku di Murung Baki, RT 26, Kelurahan Ampah Kota, Kecamatan Dusun Tengah, Kabupaten Barito Timur, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.

Lelaki dikenali sebagai Syain Kadir atau lin itu datang ke kediaman bekas teman wanitanya yang bertentangan dengan rumahnya secara tiba-tiba sambil membawa parang.

"Dia datang dalam keadaan marah-marah dan turut merosakkan pelamin. Iin juga melibas parang terbabit kepada sesiapa yang menghampirinya," kata saksi, Maslani.

Dia kemudiannya kembali ke rumah dan menetak leher ibunya hingga hampir putus dan membunuh ibu saudaranya yang sedang berbaring di dalam kelambu selain menyebabkan adiknya cedera pada bahagian dada.

Orang sekeliling yang gempar dengan insiden itu bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas Iin enggan menyerah diri dan dia dilaporkan meninggal dunia di hospital. - Tribunnews