PHUKET:Thailand kini bersiap sedia menerima kunjungan pelancong asing selepas sekian lama operasi penerbangan dihentikan akibat wabak COVID-19.

Pihak berkuasa pada Rabu melakukan pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Phuket bagi melihat sistem dan kemudahan baharu yang akan diguna pakai untuk menyambut 150 pelancong pertama dari Guangzhou pada 8 Oktober.

Sekurang-kurangnya tiga kumpulan pelancong asing akan tiba pada bulan Oktober iaitu dua dari China dan satu dari Scandinavia.

Kesemua mereka bagaimanapun akan dikuarantin selama 14 hari dan pergerakan adalah terhad, tidak seperti sebelum ini.

Terdapat spekulasi bahawa pembukaan semula sempadan kepada pelancong mungkin ditunda, tetapi Narong menjelaskan bahawa pihaknya sudah bersedia.

Beliau turut menambah bahawa rancangan itu masih memerlukan kelulusan akhir daripada Kabinet.

Setakat ini, Thailand kini mempunyai 3,564 kes COVID-19 dengan 59 kematian.