Seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia di Thailand, menjadikan kematian pertama di negara itu akibat COVID-19.

Menurut Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Suwannachai Wattanayingcharoenchai, mangsa mengalami demam denggi sebelum dimasukkan ke hospital pada 16 Februari lalu.

Dia kemudian dipindahkan ke Bamrasnaradura Infectious Disease Institute di Wilayah Nonthaburi sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan organ.

Setakat ini, Suwannachai memaklumkan Kementerian Kesihatan Awam masih meneliti punca sebenar kematian mangsa.

Difahamkan, ujian saringan COVID-19 yang dijalankan sejak 16 Februari lalu menunjukkan negatif, namun beberapa masalah berkaian kesihatan dilaporkan dikesan pada anggota badan mangsa.