Dalam usaha memerangi jenayah di Thailand, kerajaan mula mengedarkan 55,150 pistol yang baharu dibeli bagi menangani masalah kekurangan senjata api di kalangan pegawai polisnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri dan polis, kes jenayah bukan sahaja meningkat di Thailand tetapi ia juga datang dalam pelbagai bentuk dan intensitinya adalah teruk.
"Keadaan itu menjadikan semakin penting untuk memperlengkapkan polis bagi memerangi jenayah.
"Dengan 55,150 pistol baharu, saya yakin prestasi polis membanteras jenayah dan melindungi kehidupan dan harta benda orang ramai dapat dipertingkatkan," katanya seperti dipetik media tempatan baru-baru ini.
Prawit yang juga Menteri Pertahanan, mempengerusikan satu majlis penyerahan pistol separa automatik Sig Sauer P320 SP kepada 22 agensi di bawah Polis Diraja Thai (RTP) untuk diagihkan kepada setiap balai polis.
Menurut beliau, polis telah lama menghadapi kekurangan pistol, dengan senjata yang dimiliki pegawai polis sudah usang dan ketinggalan zaman, yang meningkatkan risiko ke atas para pegawai polis ketika berdepan penjenayah bersenjata.
Berikutan kebimbangan ini, beliau berkata kerajaan meluluskan cadangan pasukan itu bagi memperlengkapkan pegawai mereka dengan senjata baharu dan moden, dengan semua balai polis menerima 60 pistol baharu untuk dikongsi di kalangan semua pegawai.
Pistol Sig Sauer itu akan dijual kepada para pegawai di bawah projek "senjata kebajikan" pada harga 23,890 Baht (kira-kira RM3,000). Kos itu jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Keputusan untuk membekalkan pistol itu adalah bagi memastikan para pegawai dapat memiliki senjata api yang berkualiti.
Pegawai polis Thai tidak disediakan dengan pistol namun sebaliknya mereka perlu membeli senjata api yang dibayar melalui potongan gaji mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2017
Jen Prawit Wongsuwan berkata kerajaan meluluskan cadangan Polis Diraja Thai bagi memperlengkapkan pegawai mereka dengan senjata baharu dan moden. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.