Thailand perlu mengubah imejnya sebajgai destinasi pelancongan seks, kata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, Kementerian Luar negara itu juga telah menzahirkan rasa tidak puas hati berikutan komen negatif menteri dari Gambia tentang ‘perdagangan’ seks Thailand.

“Kita perlu terima bahawa sesetengah orang menyara hidup dengan pekerjaan seperti itu. Oleh itu, kita perlu menyelesaikan masalah kerjaya dan pendapatan kelompok tersebut.

“Lebih penting, kita perlu beri perhatian sama ada kelompok itu gembira untuk mengubah pekerjaan mereka,” ujar Prayut.

Tambahnya, sesetengah orang membuat keputusan untuk menyertai ‘bisnes seks’ kerana mahu meneruskan gaya hidup memiliki barangan mewah.

“Apabila seseorang bercakap buruk tentang kita, kita perlu menanganinya demi mencari penyelesaian. Semua perlu diperbaiki. Kita perlu membantu menjadikan Pattaya dan kawasan pelancongan lain bebas daripadanya,” kata Prayut.

Minggu lalu, menteri Gambia Hamat Bah memberitahu media di negaranya, bahawa para pelancong Barat yang bercuti ke Gambia untuk mencari seks perlu hindari negara itu.

“Kami bukan destinasi seks. Kalau anda mahu destinasi seks, pergi ke Thailand,” kata Bah.

Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai berkata, dia tidak percaya kata-kata daripada menteri Gambia itu diambil serius oleh komuniti antarabangsa.

Kementerian itu memberitahu media bahawa Kedutaan Thailand di Dakar, Senegal, yang juga mengendalikan urusan di Gambia, telah diarah mengeluarkan surat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan ulasan Bah.

Surat itu antara lain menyatakan bahawan perkara yang dikatakan Bah ‘tidak selari dengan fakta’ dan telah mencalarkan imej serta pelancongan Thailand,