Thailand bersetuju dengan permintaan Myanmar' untuk merujuk kumpulan minoriti Rohingya di negara jiran itu sebagai "Benggali", menurut Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan hari ini.
Permintaan itu dibuat oleh Myanmar semasa lawatan Pemerintah Tertingginya Jen Min Aung Hlaing ke Bangkok untuk mesyuarat Jawatankuasa peringkat Tinggi (HLC) minggu lepas.
"Benggali, berikutan lawatan pemerintah tertinggi Myanmar Jen Min Aung Hlaing ke sini (minggu lepas), mereka meminta kami memanggil (merujuk) komuniti (Rohingya) sebagai Benggali," kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan Thailand berhubung permintaan Myanmar.
Ketika ditanya sama ada kerajaan Myanmar memberitahu sebab bagi membuat permintaan itu, Prawit yang juga Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu dan cuma berkata, "Itu alasan mereka, bagaimana saya tahu."
Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Yangon untuk memanggil mereka "Benggali", yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh walaupun kebanyakan daripada mereka tinggal di Myanmar sejak beberapa generasi.
Aung Hlaing, yang mengepalai "Tatmadaw" atau tentera Myanmar seperti dikenali berada di Thailand minggu lepas untuk menghadiri mesyuarat HLC antara kedua-dua angkatan tentera.
Semasa di Thailand, beliau juga bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha dan memberi taklimat mengenai situasi terkini di Negeri Rakhine, menurut media tempatan yang melaporkan mengenai mesyuarat tersebut beberapa hari lalu.
Aung Hlaing melakukan lawatan ke Thailand ketika insiden mengenai keganasan terbaharu di Negeri Rakhine meningkat dan menurut laporan keganasan itu menyebabkan pelarian termasuk beribu-ribu pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak menyeberangi sempadan dan berlindung di kem-kem pelarian dekat sempadan Myanmar-Bangladesh.
"Tatmadaw" yang mempunyai m empunyai pengaruh yang kuat ke atras kerajaan telah dipersalahkan bagi kekejaman ke atas masyarakat Rohingya.
Sementara itu, Prawit berkata beliau yakin bahawa pelarian Rohingya tidam akan menyeberangi sempadan Thailand untuk melarikan diri daripada kegenasan terbaharu tetapi sebaliknya akan memasuki sempadan Bangladesh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Komuniti Rohingya menentang sebarang percubaan terutama dari kerajaan Yangon untuk memanggil mereka "Benggali", yang merujuk kumpulan minoriti itu sebagai pendatang dari Bangladesh. - Foto REUTERS/Mohammad Ponir Hossain
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.