Berita  | Dunia

Thailand tingkatkan penggunaan getah domestik - PM Prayuth

Thailand tingkatkan penggunaan getah domestik - PM Prayuth
Thailand perlu menghasilkan pelbagai penggunaan komoditi itu termasuk membina jalan raya menggunakan getah. - Gambar hiasan
BANGKOK: Thailand menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan getah domestik dalam usahanya untuk menaikkan harga komoditi itu antara lain, meningkatkan penggunaannya dalam pembinaan jalan raya, kata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Beliau berkata sebagai antara pengeluar getah asli utama dunia, Thailand perlu menghasilkan pelbagai penggunaan komoditi itu termasuk membina jalan raya menggunakan getah.

"Kita boleh menggunakan getah untuk pembaikan jalan raya, menghasilkan produk getah seperti bantal getah, katil getah di kem tentera dan penjara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet mingguan di sini pada Selasa.
Kabinet telah meluluskan peruntukan sebanyak 2.568 bilion baht (100 baht=RM13.42) untuk membina 670 jalan raya menggunakan getah sepanjang 1,744 km di negara ini.

Tayar kekal sebagai produk utama kepada penggunaan domestik getah asli di Thailand, diikuti plastik, sarung tangan, tayar dan tiub untuk motosikal dan gelang getah.

Dilaporkan pengeluar utama dunia -- Thailand, Indonesia dan Malaysia -- bersetuju untuk mengurangkan eksport getah asli sebanyak 240,000 tan dari April hingga Julai tahun ini, bertujuan untuk meningkatkan harga komoditi itu.

-- BERNAMA




Tag: Thailand, getah, domestik, jalan raya, Prayuth Chan o-cha, kabinet


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.