Tutup

Berita  | Dunia

Tiada bukti Rusia tembak jatuh MH17 - Putin

Tiada bukti Rusia tembak jatuh MH17 - Putin
Siasatan pasukan antarabangsa terhadap insiden MH17 tidak memberikan sebarang bukti yang Rusia bertanggungjawab, kata Presiden Rusia. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladmir Putin berkata negaranya menolak sepenuhnya rumusan oleh penyiasat antarabangsa yang menamakan tiga warga Rusia dan seorang Ukraine sebagai suspek dalam insiden menembak jatuh pesawat penumpang Penerbangan Malaysia, MH17 di Ukraine pada 2014.

Bercakap kepada wartawan selepas sesi soal jawab tahunan di Moscow pada Khamis, Putin berkata siasatan itu tidak memberikan sebarang bukti yang Rusia bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis turut berkata empat suspek yang didedahkan sebagai perancang insiden MH17 adalah kesimpulan politik untuk menyalahkan Rusia semata-mata.

Tegas Perdana Menteri, bukti itu juga dilihat sangat sukar untuk diterima.
BACA: MH17: 'Syukur...5 tahun menunggu akhirnya terjawab'



Keempat-empat suspek akan dibicarakan di Belanda bermula 9 Mac tahun hadapan. - Foto Reuters


Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) pada sidang media di Belanda pada Khamis mendedahkan empat suspek sebagai perancang insiden MH17.

Tiga suspek merupakan warga Rusia, sementara seorang warga Ukraine dan ketika kejadian mereka bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People's Republic.

BACA: MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas

Keempat-empat suspek akan dibicarakan di Belanda bermula 9 Mac tahun hadapan.

Dalam tragedi 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.- Agensi



Tag: MH17, Ukraine, Moscow, Rusia, penerbangan Malaysia, pesawat, tembak, suspek, penerbangan, Malaysia, Presiden Rusia, Vladmir Putin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.