ANUGERAH Akademi atau Oscars ke 91 yang berlangsung pada 25 Februari ini, berdepan satu lagi isu apabila ia tidak akan disiarkan dikebanyakan saluran rantau Asia Pasifik.

Anugerah berprestij yang sebelum ini disiarkan disaluran HBO Asia, bagaimanapun akan disiarkan di Thailand melalui saluran Cineplex.

Kos yang tinggi dan jumlah tontonan yang semakin berkurangan dikatakan menjadi punca ia tidak disiarkan di rantau ini.

Oscars ke-91 berdepan pelbagai cabaran di mana individu yang sepatutnya menjadi hos, Kevin Hart, menarik diri susulan kontroversi Tweet beliau sebelum ini yang berbentuk diskriminasi.

Sehubungan itu Oscars bertindak dengan memutuskan untuk tidak meletakan sebarang hos bagi anugerah itu.

Meskipun tidak akan disiarkan, namun penonton di Malaysia masih boleh menonton bintang ternama di acara karpet merah di E! Entertainment saluran 712 bermula jam 8 pagi, 25 Februari ini.