Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala ribuan yang lain hilang tempat tinggal dalam kebakaran di wilayah miskin ibu kota Kenya, Nairobi.

Kebakaran lewat malam Ahad itu berlaku di kawasan estet Lang’ata.

Menurut media tempatan di Kenya, api menjadi semakin marak apabila pihak bomba tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk memadam api kebakaran.

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan dan hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya 10 jam kemudian.

Dikhuatiri lebih banyak mayat akan ditemui semasa proses membersihkan kawasan kebakaran tersebut.