Polis Indonesia telah menahan tiga lagi suspek militan yang dikaitkan dengan kejadian serangan bom bunuh diri di Kampung Melayu, Jakarta Timur, yang meragut tiga nyawa anggota polis dan mencederakan 12 yang lain.

Menurut laporan Vietnam News Agency (VNA), jurucakap polis Jawa Tengah, Djarod Padakova berkata seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai Wahyudi ditahan pada Isnin di Sukoharjo, manakala seorang lagi lelaki ditahan di Karanganyar.

Jurucakap polis kebangsaan, Setyo Wasisto, berkata suspek ketiga pula ditahan di Cibubur, Jakarta.

Ini menjadikan jumlah tangkapan suspek dalam kes tersebut seramai enam orang.

Dalam kejadian 24 Mei lalu itu, dua pengebom bunuh diri yang turut terbunuh dikenalpasti sebagai Ichwan Nurul Salam dan Ahmad Sukri,