Sekurang-kurangnya dua maut manakala kira-kira 30 yang lain lagi cedera selepas sebuah van merempuh orang ramai di sebuah restoran di bandar Muenster, barat Jerman, pada Sabtu.

"Ada beberapa mayat (ditemui)," kata jurucakap polis sambil memaklumkan pemandu kenderaan berkenaan turut menembak mati dirinya sendiri.

Van tersebut dipercayai merempuh orang ramai yang sedang duduk di meja luar restoran Grosser Kiepenkerl, yang popular dalam kalangan pelancong.

Menurut polis, siasatan masih dijalankan untuk menentukan sama ada ia serangan pengganas atau tidak.