Tutup

Berita  | Dunia

Tiga maut dalam kejadian tembakan di Cincinnati

Tiga maut dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Polis menutup kawasan sekitar Fountain Square kepada orang awam sejurus serangan berlaku. - Foto AP
CINCINNATI: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah bank di pusat bandar Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat pada pagi Khamis (waktu tempatan).

Kejadian menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

Menurut laporan, lelaki tersebut bagaimanapun ditembak mati oleh pihak polis.

Ketua Polis Cincinnati, Eliot Isaac berkata, lelaki itu mula melepaskan tembakan di tempat pemunggahan di Fifth Third Bank di Fountain Square.
Dia kemudian memasuki lobi bank berkenaan dan berlakunya aksi berbalas tembakan dengan pihak polis.

“Mereka yang maut dan cedera merupakan mangsa yang tidak bersalah,” kata Datuk Bandar Cincinnati John Crawley, sambil menambah anggota polis tiba di lokasi kejadian dalam tempoh ‘beberapa saat’.
Empat mangsa yang cedera menerima rawatan di pusat trauma Pusat Perubatan University of Cincinnati.


Menurut polis, motif serangan masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dilakukan.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bersama Biro Alkohol, Tembakau, Senjata dan Letupan (ATF) turut membantu Polis Cincinnati dalam siasatan.

Kawasan sekitar bank berkenaan turut ditutup kepada orang awam selepas serangan berlaku.