Sebuah pesawat kargo dari Miami ke Houston, Texas, Amerika Syarikat terhempas kira-kira 45 kilometer dari Lapangan Terbang George Bush.

Susulan kejadian, pihak berkuasa mengesahkan tiga kru pesawat kargo Amazon Prime Air tersebut maut dalam insiden pada Ahad itu.

Pesawat Boeing 767 kendalian Atlas Air itu dilapor terjunam ke kawasan paya sejurus berlepas.

Pasukan penyiasat dalam pada itu meminta bantuan saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat berhubung nahas itu.

Beberapa saksi dilapor terdengar enjin pesawat menderam sebelum ia membelok dan terjunam lalu terhempas.