Dua terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah studio yoga di Tallahassee, ibu negeri Florida, sebelum membunuh dirinya pada petang Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah kecil di bandar itu, Ketua Polis Tallahassee Michael DeLeo berkata, lima orang yang lain turut cedera.

Suspek tersebut telah menembak mati dirinya sendiri, kata DeLeo pada satu sidang media, Jumaat malam.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti penembak terbabit atau mangsa yang terlibat.

DeLeo berkata, pihak polis meminta sesiapa yang melihat sebarang perkara luar biasa atau mempunyai maklumat berhubung kejadian, untuk menghubungi polis.

Tambahnya, penembak didapati bertindak sendirian.

"Kami sangat sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku. Tetapi, penting untuk orang ramai sedar bahawa tidak ada ancaman lain di sebalik apa yang telah berlaku malam ini," kata DeLeo.