Tiga orang disahkan terbunuh manakala sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera apabila sebutir bom motosikal meletup di sebuah pasar di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan) hari ini.
Ketua Polis Yala Mej Jen Krisada Jandee yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden berlaku di Pasar Pimonchai yang terletak di tengah-tengah bandar Yala ketika pelanggan sedang sibuk membeli barangan keperluan.
"Dua daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala mangsa ketiga pula maut di Hospital Yala," katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Muang Kol Prawit Soseng berkata, bom yang diletakkan di sebuah motosikal itu dianggar seberat 20kg hingga 30kg dan diaktifkan menggunakan alatan pemasa.
Menurutnya, sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.
Pergolakan bersenjata di selatan Thailand terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat bermula awal tahun 2000 sehingga kini telah menyebabkan lebih 7,000 mangsa terbunuh manakala ribuan lagi cedera. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 22 2018
Anggota polis dan tentera memeriksa kawasan letupan bom di Yala, Thailand hari ini. - REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
Dua penyerang bunuh diri letupkan diri di hadapan bangunan kerajaan
Kumpulan miltan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
11 buruh maut dalam letupan bom di barat laut Pakistan
Sekurang-kurangnya 11 buruh maut, dua cedera manakala tiga lagi hilang dalam letupan bom di daerah Waziristan Utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan.
Seorang maut, 7 cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Dalam insiden 9.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebutir bom diletupkan di tepi jalan menyasarkan sebuah trak tentera.
Angka korban letupan bom di perhimpunan politik meningkat kepada 42
Angka tersebut meningkat selepas mangsa yang cedera parah dalam insiden itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Letupan bom di perhimpunan parti politik, 10 terbunuh, lebih 50 cedera di Pakistan
Perhimpunan politik yang diadakan di daerah Bajaur di Pakistan dicemari dengan insiden letupan bom yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan lebih 50 lagi cedera.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.