Seorang lelaki dipenjarakan minimum 20 tahun selepas bertindak menikam bekas teman wanitanya lebih 20 kali hingga mati di King Lynn, Suffolk Norwich.

Gediminas Jasinskas, 30 tahun dikatakan menunggu bekas teman wanitanya, Cristina Magda-Calacea di tempat letak kereta selepas mendapati wanita itu mempunyai hubungan lain dengan lelaki lain.

Cristina, 26 tahun pada ketika itu baru pulang dari tempat kerja ditikam di leher, dada, perut dan pangkal paha dengan pisau 20 sentimeter (cm) kira-kira pukul 10 malam.

Akibat serangan tersebut, Cristina dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth di King's Lynn, Suffolk sebelum disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk, menurut lapor portal Mirror.UK.

Jasinskas dan Cristina menjalinkan hubungan pada Ogos 2016 sebelum mengakhiri hubungan mereka pada Julai 2018 selepas bercuti di Bali, Indonesia.

Rakan dan keluarga Cristina menyifatkan Jasinskas sebagai seorang yang kuat cemburu dan boleh menjadi agresif jika mana-mana lelaki lain menunjukkan minat kepada Cristina.

Selepas terputus hubungan, Jasinskas pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Cristina bahawa dia tidak boleh hidup tanpa wanita tersebut.

Jasinskas yang cuba melarikan diri selepas mendapati bekas teman wanitanya mengalami pendarahan teruk kemudian ditahan pihak polis.

Menurutnya, Ketua Pasukan Siasatan Norfolk dan Suffolk, Detektif Lewis Craske, Cristina merupakan mangsa keganasan kejam.

Jasinskas kemudian mengaku bersalah membunuh bekas teman wanitanya ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Crown Norwich.