Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini terpaksa membatalkan kunjungan beliau ke Hanoi bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN (WEF ASEAN) 2018 pada saat akhir berikutan komitmen yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia, Audrey Petriny, Fernandes membatalkan hasrat beliau untuk menghadiri persidangan tiga hari berkenaan atas sebab pertukaran dalam jadual kerjanya.

"Mr Fernandes is unfortunately unable to make it due to his schedule (Tony tidak dapat hadir kerana jadual kerja beliau)," kata Petriny dalam satu catatan WhatsApp kepada Astro AWANI, petang tadi.

Tirai WEF ASEAN dibuka hari ini dengan beberapa acara ayang mengumpulkan penggiat dan pemikir dari dalam sektor maklumat dan teknologi (ICT) dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

VIDEO: Fokus hari kedua WEF ASEAN cari penyelesaian masalah kita

BACA: Syed Saddiq digelar 'rock star', pakai 'name tag' di Hanoi