Berita  | Dunia

Tragedi solat Jumaat: Malaysia kutuk serangan pengganas di Christchurch

Tragedi solat Jumaat: Malaysia kutuk serangan pengganas di Christchurch
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti. - Foto AP
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap orang awam di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand serta mendesak pengganas tersebut dibawa ke muka pengadilan, kata Wisma Putra.

Sehingga pukul 3.00 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan pengganas itu namun terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan sedang dirawat di hospital.

BACA: Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera, terima rawatan di Hospital Christchurch
BACA: Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch

BACA: Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti.

"Talian Hotline telah disediakan di Suruhanjaya Tinggi untuk memudahkan sebarang pertanyaan mengenai situasi semasa," kata kenyataan tersebut.


Suruhanjaya Tinggi boleh dihubungi di: 10 Washington Avenue, Brooklyn,
P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand atau hubungi talian 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659

Selain itu, Suruhanjaya juga boleh dihubungi menerusi e-mail mwwellington.kln@1govuc.gov.my atau mwwelton@xtra.co.nz

Tag: New Zealand, Christchurch, Hagley Park, Masjid Al-Noor, Masjid Linwood, pengganas, Solat Jumaat


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.