Berita  | Dunia

Tragedi Solat Jumaat: Malaysia mahu pengganas diheret ke muka pengadilan

Tragedi Solat Jumaat: Malaysia mahu pengganas diheret ke muka pengadilan
Pengganas yang menggila melakukan pembunuhan beramai-ramai ini berusia 28 tahun, kelahiran Australia
Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang meragut nyawa awam dalam serangan masjid di Christchurch, New Zealand.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berharap pihak yang bertanggungjawab terhadap tindakan tidak bertamadun ini diheret ke muka pengadilan.


Pengganas merupakan individu berkulit putih, kelahiran Australia bertindak menggila dan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melepaskan tembakan terhadap semua jemaah di dalam masjid. 

BACA: Ini rumusan maklumat yang diketahui dan dikemas kini dari semasa ke semasa termasuk berkaitan tragedi berdarah solat Jumaat Christchurch 

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington bersedia talian hotline untuk pengurusan berkaitan rakyat Malaysia di sana:
  • Alamat:  10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand
  • No Telefon: 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659
  • Email:   mwwellington.kln@1govuc.gov.my & mwwelton@xtra.co.nz


Tag: Serangan Pengganas Masjid Christchurch New Zealand, Terrorist attack New Zealand, Hubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia New Zealand, Tembakan Rambang Masjid Christchurch, Rakyat Malaysia cedera Serangan Christchurch, Malaysian Christchurch



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.