Berita  | Dunia

Tragedi Sri Lanka: Sekatan media sosial tindakan yang wajar

Tragedi Sri Lanka: Sekatan media sosial tindakan yang wajar
Kerajaan Sri Lanka umum sekatan terhadap aplikasi media sosial selepas peristiwa pengeboman terancang pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan Sri Lanka menyekat penggunaan media sosial dilihat wajar supaya sejarah hitam melibatkan perkauman di negara itu tidak berulang.

Pensyarah Kanan Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Dr Ahmad Sauffiyan Hasan, yakin kerajaan Sri Lanka akan menarik semula sekatan itu selepas keadaan kembali tenang.

“Bagi kes serangan terbaharu ini saya yakin sekatan media sosial ini adalah sementara dan akan ditarik balik sebaik sahaja keadaan terkawal.
“Oleh kerana kerajaan Sri Lanka di bawah perintah darurat, maka badan sukarelawan perlu memohon kebenaran dari pihak berkuasa Sri Lanka untuk memasuki zon serangan tersebut ini kerana dikhuatiri ancaman dan serangan masih wujud,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.



Ahmad Sauffiyan turut menyarankan agar rakyat Malaysia dan tempatan di sana bertenang dan menunggu kenyataan rasmi kerajaan Sri Lanka berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Sauffiyan turut menyatakan keyakinan beliau bahawa syarikat media sosial kini sedang giat berusaha untuk memastikan kandungan yang berunsurkan perkauman dapat dikawal.

BACA: Tragedi Sri Lanka: Akses media sosial disekat, elak penularan maklumat palsu

“Untuk makluman post yang berkaitan pengganas di media sosial ini jumlahnya bukan sedikit akan tetapi ia sangat banyak dan menjangkau angka juta.

“Oleh yang demikian syarikat media sosial pada masa ini menggunakan pendekatan terbaharu seperti Machine Learning Tools dan Artificial Intelligice dan membuang posting yang berkaitan pengganas.

“Ini merupakan usaha berterusan dan bukan secara 'one off' atau satu masa,” jelasnya.



Tag: Tragedi Sri Lanka, serangan bom, perkauman, media sosial


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.