Sekurang-kurangnya 30 orang maut, puluhan yang lain cedera apabila sebuah trak membawa tetamu majlis perkahwinan terbabas dari jambatan.

Nahas berlaku sekitar 7.30 pagi waktu tempatan, berhampiran daerah Bhavnagar, Gujarat.

Trak berkenaan dilapor membawa 60 penumpang, dan terjunam dari ketinggian 9 meter.

Trak malang ini membawa sejumlah 60 orang penumpang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan - Foto AP
Siasatan awal polis mendapati pemandu trak tersebut cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal dan menyebabkan trak berkenaan terbabas.

Pemandu tersebut dipercayai keletihan.

Pihak berkuasa memaklumkan mangsa cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Polis kini memulakan proses undang-undang terhadap pemandu trak tersebut.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam pada itu menyifatkan nahas sebagai satu insiden yang sangat menyedihkan.

Trak sering jadi pilihan sebagai medium pengangkutan utama ke majlis perkahwinan bagi keluarga miskin, kerana kadar sewanya yang rendah.