Donald Trump mengenakan tarif baru bagi "melindungi pekerjaan dan pekerja di Amerika".

Trump mengenakan tarif tersebut ke atas komponen tenaga solar dan mesin basuh besar yang diimport bagi membantu pengeluar di Amerika.

Menurut Presiden Amerika Syarikat itu, langkah ini akan memberi manfaat kepada pengguna serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pentadbiran akan mengenakan tarif 30 peratus dengan segera ke atas kebanyakkan modul solar yang diimport, dengan kadar yang menurun secara beransur-ansur untuk empat tahun.

Manakala bagi mesin basuh besar, tarif bermula pada 50 peratus dan akan menurun secara beransur-ansur dalam masa tiga tahun.

Semasa berkempen sebagai calon parti Republikan, Trump berjanji untuk memberikan fokus dalam menjana pekerjaan jika dilantik menjadi Presiden AS.

Trump turut berikrar menghapuskan peraturan persekutuan yang menurutnya tidak menyokong pertumbuhan sektor pekerjaan di negara itu.