Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meminta setiap menteri kabinet memotong sebanyak lima peratus daripada belanjawan mereka tahun depan.

Menurutnya, terdapat banyak 'pembaziran' dan 'lemak' dalam belanjawan persekutuan dan beliau berhasrat mahu menghapuskannya.

Tambahnya, walaupun dia secara peribadi tidak suka dengan langkah itu, ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan bajet tambahan untuk ketenteraan.

Trump juga menjelaskan pemotongan bajet di beberapa jabatan mungkin akan melebihi lima peratus.

"Saya akan minta setiap seorang dari anda untuk melakukan potongan bajet sebanyak lima peratus dari jabatan-jabatan anda, sama ada di bahagian sekretariat, pentadbir, atau apa sahaja.

"Saya akan minta semua orang buat potongan lima peratus minggu depan. Saya rasa anda mampu melakukannya. Mungkin akan ada pengecualian khas. Atau ada yang boleh potong lebih dari lima peratus," katanya semasa mesyuarat kabinet pada Rabu.

Permohonan bagi Belanjawan 2020 untuk bagi tahun kewangan bermula 1 Oktober 2019 Amerika Syarikat perlu diserahkan awal tahun depan.