Ketika dunia mengecamnya selepas mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi ikrarnya untuk membina tembok di sempadan negaranya bagi menghalang pencerobohan migran ke negara Uncle Sam itu.

Trump yang bercakap ketika Majlis Angkat Sumpah perlantikan Setiausaha Keselamatan yang baharu Kristjen Nielsen pada Jumaat berkata dia berbangga dengan keadaan terkini tahap keselamatan di sempadan Amerika Syarikat.

Malah beliau sekali lagi mengulangi ikrarnya untuk membina tembok sempadan bagi menghalang kemasukan penceroboh ke Amerika Syarikat.