Kebanyakan mangsa tragedi tsunami di Lampung, Indonesia ketika ini masih panik dan sibuk mengemaskan kediaman serta bangunan yang terjejas.

Menurut wartawan Kompas TV, Partomy Oktora, situasi di bandar Lampung terkawal tetapi bantuan paling mendesak untuk mangsa tsunami ketika ini ialah bekalan makanan dan air bersih.

"Rata-rata warga Lampung masih panik, tetapi semua dalam keadaan berjaga-jaga kerana gelombang air pasang dijangka akan berterusan sehingga 25 Disember ini," katanya ketika ditemubual secara langsung di Astro AWANI.


Tambahnya, angka korban di Lampung lebih rendah ketika ini memandangkan kebanyakan mangsa yang terjejas telah dipindahkan lebih awal ke lokasi yang lebih tinggi.

Setakat 12 tengah hari (waktu Malaysia) pada Ahad, angka korban terus meningkat kepada 62 maut, diikuti 580 lagi cedera.

Kerosakan banggunan membabitkan rumah sebanyak 430 buah dan sembilan buah hotel.