Tujuh askar Turki terbunuh manakala dua lagi cedera apabila pemberontak Kurdish bertindak meletupkan sebuah alat letupan di tenggara Turki pada Khamis.

Empat terbunuh di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.

Letupan dilaporkan berlaku di sebatang jalan di bandar Gercus, di wilayah Batman, yang majoriti penduduknya terdiri daripada puak Kurdis.

Ketika kejadian, pasukan tentera berkenaan berada dalam kenderaan tentera berperisai yang sedang dalam perjalanan untuk mengawal sebuah tapak pembinaan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan itu dan berkata ia tidak menghalang Turki untuk meneruskan perjuangannya menentang puak pemberontak.