Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam sebuah letupan bom kereta di bandar Benghazi, timur Libya pada Khamis malam.

Letupan berlaku di kawasan jalanan belakang bangunan The Tibesti Hotel yang juga merupakan pusat tumpuan orang awam.

Setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab melancarkan serangan.

Benghazi merupakan bandar kedua terbesar di Libya yang berada di bawah penguasaan tentera diketuai Khalifa Hifter yang mengawal kawasan timur negara itu.