Berita  | Dunia

Tujuh tentera Myanmar dipenjara 10 tahun bunuh warga Rohingya

Tujuh tentera Myanmar dipenjara 10 tahun bunuh warga  Rohingya
Wartawan Reuters, Wa Lone dan Kyaw Soe didakwa atas tuduhan menyiarkan dokumen sulit kerajaan . FOTO Reuters
YANGON : Tujuh tentera Myanmar dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didapati bersalah membunuh 10 lelaki etnik Rohingya beragama Islam pada dua September tahun lepas.

Peristiwa pembunuhan berdarah di perkampungan Inn Din  itu adalah satu-satunya kekejaman yang diperakui dilakukan junta tentera ketika melakukan operasi di utara Rakhine.

Operasi tentera itu mengakibatkan lebih 700 ribu etnik Rohngya melarikan diri ke sempadan Bangladesh semenjak Ogos tahun lalu.
Dua wartawan Reuters warga Myanmar,  Wa Lone dan Kyaw Soe yang membongkar peristiwa berkenaan kini berada dalam tahanan atas dakwaan menyiarkan dokumen sulit.

Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sebulan selepas penahanan kedua wartawan berkenaan, pihak tentera menyiarkan kenyataan mengakui kekejaman itu, dan turut berikrar akan mengambil tindakan ke atas individu bertanggungjawab.

Menurut kenyataan ketua tentera dalam  statusnya di Facebook lewat malam tadi ,
empat pegawai telah disingkirkan dari tentera dan dihukum penjara 10 tahun dengan tugas berat.

Tiga lagi anggota tentera turut menerima hukuman sama.

Tribunal berkenaan diadakan secara tertutup ,yang mengenepikan desakan antarabangsa  meminta  diadakan secara bebas.