Puluhan orang awam terpaksa 'dimandikan' selepas sekurang-kurangnya tiga lokasi Houston, Amerika Syarikat (AS) dikesan berlaku tumpahan tumpahan merkuri pada Ahad.

Ketua Jabatan Bomba Houston, Sam Pena berkata, situasi tersebut bagaimanapun masih dalam kawalan dan pihaknya kini sedang membersihkan tumpahan itu.

Katanya, antara 30 dan 60 orang dimandikan bagi proses menyah cemar sisa tumpahan merkuri itu, sementara seorang wanita mengandung dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, merkuri itu mengandungi unsur cecair yang berada pada suhu bilik.

Susulan kejadian tersebut, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan seorang suspek berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Christopher Lee Melder bagi membantu siasatan.

Pejabat Houston agensi itu berkata di Twitter, Melder didakwa atas kesalahan merompak dan melupuskan bahan merbahaya secara haram.

FBI mengumumkan pada Isnin dia telah ditahan untuk disoal siasat berkaitan dengan tumpahan itu.

Dia juga mempunyai waran yang masih belum diselesaikan berkaitan pemilikan dadah feloni.